Make your own free website on Tripod.com

KUASA DAN KEPIMPINAN 

TAKRIF KUASA

Kuasa ialah keupayaan atau kebolehan perseorangan atau kumpulan mempengaruhi orang lain membuat sesuatu sebagaimana yang dihajatkan. Mengikut Davis kuasa seperti itu diperoleh oleh pemimpin atas dasar personaliti, aktiviti dan juga keadaan di mana ia beroperasi. Kuasa adalah berlainan dengan autoriti kerana autoriti yang ada pada seseorang adalah disebabkan oleh tindakan penyerahan kuasa formal oleh pihak atasan kepada mereka dan bukannya atas dasar kebolehan mempengaruhi orang lain.

JENIS DAN SUMBER KUASA

Kuasa ialah apa yang anda kawal yang membolehkan anda memanipulasi kelakuan orang lain. Terdapat beberapa jenis kuasa iaitu:

Kuasa Paksaan

Berasaskan kepada ugutan atau ancaman yang boleh menimbulkan ketakutan di hati pengikut. Ia juga merupakan paksaan terhadap keakuran pengikut dalam menuruti perintah.

"Encik Gedebe ialah pengurus Syarikat Paksarela Sdn Bhd. Beliau tidak popular dikalangan pekerjanya kerana beliau selalu menggunakan ugutan dan ancaman seperti menahan kenaikan pangkat, pemotongan elaun, pembatalan cuti tahunan dan sebagainya. Encik Gedebe berkuasa melalui kuasa paksaan."

Contoh-contoh:

  • Polis menyaman pemandu kereta kerana tidak mematuhi had laju
  • Pensyarah menggantung pengajian pelajar kerana melanggar disiplin.
  • Majikan memecat pekerja yang malas
  • Presiden parti memecat ahli yang menyokong calon lawan
  • Peristiwa Pembunuhan beramai-ramai Kumpulan Jim Jones
  • Kuasa ganjaran

    Pemimpin yang memberi ganjaran kepada sesiapa yang menurut perintah dengan insentif yang positif.

    "Puan Zamrita amat berpuas hati dengan pencapaian seorang penyelianya yang bernama Dayang. Beliau telah mencadangkan kepada pengurus besarnya agar Dayang diberikan kenaikan pangkat. Puan Zamrita menggunakan kuasa ganjaran dalam kepimpinan beliau."

    Contoh-contoh:

  • Pemimpin yang menguasai sumber dalam organisasi
  • Pemimpin yang diberi kuasa untuk memberikan ganjaran
  • Kuasa Pakar

    Pemimpin yang mengetahui dengan mendalam tentang sesuatu perkara di manakebolehannya tidak dapat ditandingi oleh orang lain. Berasaskan kepada kepakaran yang dimilikinya, pendapatnya didengar dan diikuti.

    "Encik Awang ialah seorang pakar komputer di sebuah syarikat swasta di sini. Beliau adalah lulusan luarnegeri dalam bidang komputer dan mempunyai 10 tahun pengalaman. Kepakarannya selalu diperlukan oleh badan-badan korporat dan tidak ramai yang dapat menandingi beliau."

    Contoh-contoh lain:

  • Doktor pakar lebih berpengaruh dari doktor biasa kerana kepakarannya.
  • Pensyarah lulusan PHD lebih berpengaruh dari pensyarah lulusan sarjana kerana kepakarannya.
  • Kuasa sah

    Ialah kuasa rasmi yang diperolehi daripada autoriti pihak atasan melalui penyerahan kuasa yang memberikan ia sesuatu kedudukan dalam organisasi.

    "Siti ialah pengurus kewangan di Syarikat Antah Berantah Sdn Bhd. Beliau mula mmegang jawqatan tersebut sejak 1990. Pada tahun 1995 beliau telah dinaikkan pangkat menjadi pengurus besar. Oleh itu kuasa sah yang ada pada Siti sebagai pengurus kewangan ialah dari tahun 1990 hingga 1995, dan kuasa sah sebagai pengurus besar pula bermula pada tahun 1995."

    Contoh-contoh:

  • Jurulatih bolasepak berhak memilih dan menggugurkan mana-mana pemain berdasarkan kedudukannya.
  • Bendahari berhak keatas sumber kewangan persatuan kerana kedudukannya.
  • Kuasa personal atau rujukan

    Pemimpin memiliki daya penarik yang memaparkan keyakinan terhadap apa yang hendak dicapai. beliau mempunyai karisma, popular dan mendapat sanjungan ramai.

    "Mat Senyum adalah pemimpin yang disukai ramai. Beliau pandai mengambil hati, berpelajaran dan selalu senyum di mana saja beliau pergi. Beliau juga berkemahiran dalam tugas kerjanya. Beliau selalu menjadi rujukan rakan-rakan sejawat dan orang-orang bawahan dalam menyelesaikan sesuatu perkara. Beliau dikatakan mempunyai kuasa rujukan."

    Contoh-contoh:

  • Pensyarah yang lebih mesra dengan pelajar lebih berpengaruh dari pensyarah yang tidak disukai pelajar.
  • Pemimpin yang dekat di hati rakyat akan dikenang jasanya sampai bila-bila.
  • Kuasa Maklumat

    Oleh kerana sesuatu maklumat itu penting, pemilik maklumat biasanya berkuasa. Pemimpin yang memiliki maklumat dapat mempengaruhi orang ramai.

    Kuasa Perhubungan

    Pemimpin yang mempunyai kuasa ini biasanya terserlah bila organisasi mempunyai masalah di mana masalah tidak dapat diselesaikan dengan cara biasa. Kuasa perhubungan memungkinkan pemimpin tersebut menyelesaikan masalah tersebut.

    "Persatuan Bolasepak Negeri Antah Berantah mengalami masalah yang amat sukar untuk diselesaikan. Dengan kebijaksanaan Haji Senik, masalah itu selesai setelah dia menggunakan perhubungan baiknya dengan Menteri Besar dalam mencari penyelesaian."

    PENGGUNAAN KUASA

    Kuasa Paksaan

    Menerangkan kepada ahli peraturan organisasi, bentuk perlanggaran peraturan dan hukuman keatas sebarang perlanggaran peraturan Disiplin dijalankan secara adil, konsisten dan tidak bertangguh Sebelum menghukum sahkan ketepatan maklumat Sebelum menghukum, berikan amaran yang mencukupi dan ikut prosedur iaitu mulakan dengan amaran lisan, amaran bertulis dan seterusnya tindakan. Utamakan "progressive disciplinary".

    Kuasa Ganjaran

    Ganjaran diberi adalah munasabah dan menarik Pemimpin mesti mengotakan janji untuk memberi ganjaran Pemimpin perlu berhati-hati supaya ganjaran yang ditawarkan tidak dianggap sebagai "mempunyai udang di sebalik batu".

    Kuasa Kepakaran

    Pemimpin menonjolkan imej diri sebagai seorang yang berwibawa dalam bidangnya. Pemimpin berusaha mengekalkan kewibawaannya dengan mengelakkan dari memberi komen terhadap perkara yang dia tidak berpengetahuan atau tidak mempunyai maklumat lengkap Bertindak dengan yakin dan tegas dalam menangani sesuatu krisis Berterusan memperlengkapkan diri dengan kepakarannya melalui kajian, pembacaan dan latihan.

    Kuasa Sah

    Kerap menggunakan autoriti dalam memimpin Memberi arahan dengan tertib, jelas, tegas dan yakin. Memastikan arahan yang diberi adalah di dalam bidang kuasanya. Memastikan arahan dipatuhi

    Kuasa Rujukan

    Sifat pemimpin yang menggunakan kuasa rujukan Pengikut mengidentifikasikan diri mereka dengan pemimpin Pemimpin mengajukan permintaan menggunakan "personal appeal" Pemimpin menjadikan diri mereka sebagai role model

    Kuasa Maklumat

    Mengetahui organisasi yang dipimpinnya dengan mendalam Mengetahui maklumat diri setiap ahli secara mendalam Mengetahui persekitaran dimana organisasiny beroperasi Mengetahui organisasi dan individu yang ada hubungan dengan organisasi yang dipimpinnya

    Kuasa Perhubungan

    Mempunyai imej mudah didekati Bersifat people-oriented dan mesra Mempunyai rangkaian perhubungan dengan individu-individu penting diluar organisasi.

    KAJIAN TENTANG KUASA

    Joseph S. Florelli

    Kuasa pakar adalah asas kuasa utama yang digunakan untuk memberi kesan kepada persetujuan di dalam pembuatan keputusan yang dibuat oleh individu dan kumpulan.

    Gary N. Powell

    Kuasa sah, ganjaran dan paksaan adlah lebih dimiliki oleh pemimpin yang menunjukkan gaya kepimpinan struktur daya usaha (iniating structure). Antara ketiga-tiganya, kuasa sah adalah paling dikaitkan dengan pemimpin ini. Manakala pemimpin be4rcorak pertimbagan, kuasa rujukan adalah kuasa utama yang dimiliki.

    Hersey, Blanchard And Meyer

    Pada tingkat kematangan yang tinggi, kuasa pakar, maklumat dan rujukan paling sering digunakan manakal kuasa-kuasa paksaan, hubungan sering digunakan pada tingkat kematanaganyang rendah.

    PENGGUNAAN KUASA

    Menurut McCleland kuasa mempunyai dua wajah iaitu positif dan negatif. Pemimpin yang menggunakan kuasa bentuk negatif menganggap orang lain tidak penting dan boleh diperlalat bila-bila masa. Kuasa berbentuk positif pula bercirikan pencapaian di mana pemimpin menggalakkan individu membentuk kekuatan dan kecekapan. Terapat 6 cara yang digunakan untuk mempengaruhi pengikut.

    Melalui Perasaan Takut

    Pengikut akan diingatkan tentang kemungkinan buruk yang akan menimpa diri individu dan organisasi sekiranya sesuatu tidak dilakukan. Pengaruh kuasa ini tidak sesuai digunakan.

    Melalui Tradisi

    Pengaruh kuasa berasaskan tradisi diserap dan disatukan pada personaliti secara menyeluruh sehingga mereka tidak merasa terkongkong.

    Melalui Kepercayaan Buta

    Pemimpin yang berkarisma berupaya menarik sokongan pengikut hingga ke tahap mereka memberikan kepercayaan buta (melulu).

    Melalui Kepercayaan Rasional

    Proses mempengaruhi melalui pendekatan rasional ialah proses yang paling kerap digunakan.

    Melalui Penentuan Bersama

    Apabila pengikut terlibat dalam pembuatan keputusan, mereka biasanya menyetujui sesuatu keputusan yang dibuat kerana mereka memahami apa yang diputuskan.