Make your own free website on Tripod.com
ZT2223 Hubungan Insan
TANGGAPAN 
OBJEKTIF PEMBELAJARAN

Menjelaskan proses-proses tanggapan
Menjelaskan mekanisme tanggapan
Menghuraikan faktor-faktor yang mempengaruhi tanggapan
Menerangkan ketidaktepatan dalam tanggapan

DAFTAR ISTILAH/NAMA

Output
Stereotaip
Inferens
Atribut
First impression

DEFINISI TANGGAPAN

Satu proses yang dilakukan untuk oleh seseorang untuk memilih, menyusun dan menerima segala maklumat yang diperolehinya melalui deria masing-masing agar menjadi satu gambaran dan kefahaman yang berguna. Secara ringkasnya, tanggapan ialah satu penilaian seseorang terhadap orang lain, benda-benda sekeliling dan juga sesuatu kejadian.

PROSES TANGGAPAN

Proses tanggapan menerangkan bagaimana sesuatu tanggapan dibentuk dan bagaimana ianya mengubah sikap dan tingkahlaku seseorang. Terdapat 5 elemen tanggapan iaitu:

Penerimaan

Maklumat diterima oleh deria kita menerusi samada pendengaran, penglihatan, bau, rasa, sentuhan dan sebagainya.

Pemprosesan

Tujuannya ialah untuk memilih, menyusun dan memahami segala maklumat yang diterima agar ia dapat disampaikan secara lebih lengkap dan bermakna.

Pengaruh

Penglibatan pengaruh untuk mengukuh atau melemahkan output yang dihasilkan. pengaruh ini ini disebabkan oleh faktor-faktor dalaman dan luaran. Faktor-faktor dalaman ialah:

Faktor-faktorm luaran pula ialah: Output

Merupakan hasil dari ketiga-tiga elemen yang terdahulu yang mengukuhkan sesuatu sikap pandangan dan perasaan seseorang.

Reaksi

Output menggerakkan tindakbalas terhadap apa yang didengar, dirasa dan dilihat. Tindakbalas ini akan menghasilkan input baru yang akan diproses untuk menyediakan satu pengertian baru kepada individu yang melihat. Peringkat seterusnya merupakan bagaimana mekanisme tanggapan beroperasi, iaitu melalui pemilihan, penyusunan dan penginterpretasian tanggapan.

MEKANISME TANGGAPAN

Pemilihan Tanggapan

Penyusunan Tanggapan Interpretasi Tanggapan FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI TANGGAPAN

Di antara faktor-faktor yang mempengaruhi tanggapan ialah

Ciri-ciri individu

Tanggapan dipengaruhi oleh ciri-ciri individu yang disukai oleh orang yang membuat tanggapan. Dalam menilai seseorang, persepsi spembuat tanggapan adalah positif terhadap orang yang memiliki ciri-ciri yang disukainya.

Stereotaip

Steretaip ialah kecenderungan untuk menilai seseorang berdasarkan ciri-ciri umum yang terdapat pada sesuatu kumpulan atau bangsa. Misalnya pelajar Perubatan dan Pengurusan Perniagaan berpakaian kemas manakala pelajar Kejuruteraan dan Senireka berpakaian kurang kemas. Tanggapan ini walaupun ada kebenaran tetapi tidak tepat kerana ada individu yang tidak mempunyai ciri yaang ditanggapi.

Percaya dan inferens

Ialah membuat tanggapan berasaskan kepada gambaran mudah yang ditunjukkan melalui perlakuan seseorang. Misalnya seorang yang kelihatan riang akan ditanggapi sebagai seorang yang happy-go-lucky. Walaubagaimana pun tanggapan ini boleh berubah sekiranya pembuat tanggapan menerima gambaran baru.

Atribut

Apabila hendak menilai seseorang, pembuat tanggapan perlu membentuk alasan atau penerangan lengkap supaya tanggapannya berasas dan mempunyai bukti.

KETIDAKTEPATAN DALAM TANGGAPAN

Di antara ketidaktepatan yang biasanya berlaku dalam menanggapi orang lain ialah:

Kita dipengaruhi oleh apa yang menarik perhatian kita

Diantara perkara yang menarik perhatian kita ialah:

Kita dipengaruhi oleh first impression

Kita biasanya melabelkan seseorang berasaskan kepada tanggapan pertama. Sekiranya tanggapan kita tepat, kita akan dapat memberikan reaksi yang bersesuaian bila bersemuka dengan individu itu. Sekiranya tanggapan pertama kita salah, ianya akan melekat di minda sampai bila-bila

Kita menganggap orang lain mempunyai sikap dan motif yang sama dengan kita

Kita cenderung untuk membuat generalisasi bahawa orang lain mempunyai sikap dan motif yang sama dengan kita. Individu lain sebenarnya mempunyai sikap dan motif yang mungkin berlainan dengan kita.

Kita lebih cenderung untuk mempercayai tanggapan yang negatif

Kita sedar tentang ciri-ciri positif dan negatif yang ada pada seseorang individu tetapi kita lebih cenderung untuk mempercayai tanggapan yang negatif lebih dari tanggapan yang positif.

MENTAFSIR MESEJ

Adalah sukar bagi kita untuk menyelami perasaan orang lain kerana kita tidak dapat melihat dengan mata kasar kita apa-apa yang tersirat dalam hatinya. Apa yang kita boleh buat ialah membuat andaian atau tafsiran ke atas mesej yang didengar.

Untuk menyampaikan mesej, pengirim mesti memilih kod yang bertepatan yang dapat menggambarkan perasaannya kepada penerima. Keberkesanan proses komunikasi hanya berlaku bila kesan penerima selari dengan apa-apa yang tersirat dalam pernyataan mesej pengirim.

Sebagai contoh, renungkanlah scenario berikut. Seorang kolonel di sebuah kem tentera ingin menghantar mesejnya kepada askar-askar biasa di bawah jagaannya. Lihat! Apa jadi pada mesej beliau? Mesej yang diterima dipilih, dipermudah dan ditokoktambah berdasarkan keperluan, personaliti dan pengalaman penerima mesej.

Kolonel kepada Mejar:
"Pada pukul sembilan pagi esok akan berlaku gerhana matahari, suatu perkara yang tidak berlaku setiap hari. Perintahkan askar berbaris di jalanraya di luar berek ketika mereka berada dalam keadaan keletihan agar dapat melihat fenomena yang jarang berlaku ini, dan kemudiannya saya akan menerangkannya kepada mereka. Jika hujan turun, kita pasti tidak dapat melihat apa-apa, jadi bawa askar itu ke gimnasium."

Mejar kepada Kapten:
"Ätas perintah kolonel, esok pada pukul sembilan matahari akan gerhana. Jika hujan turun, anda tidak akan dapat melihatnya dari jalan raya di luar berek, dan dengan penuh kelethan, gerhana matahari akan berlaku dalam gimnasium, sesuatu perkara yang tidak berlaku setiap hari."

Kapten kepada leftenan:
"Atas perintah kolonel yang berada dalam keletihan esok pada pukul sembilan upacara gerhana matahari akan berlaku di gimnasium. Kolonel akan memberi perintah bahawa jika hujan turun, sesuatu yang tiada berlaku setiap hari."

Leftenan kepada sarjan:
"Pada pukul sembilan esok, kolonel yang berada dalam keletihan akan menggerhanakan matahari di gimnasium, sebagaimana ia berlaku setiap hari jika hari itu cuaca baik. Jika hujan turun, ini
akan berlaku di jalan raya di luar berek."

Sarjan kepada koperal:
"Esok pada pukul sembilan gerhana matahari kolonel akan berada dalam keletihan akan berlaku disebabkan oleh matahari. Jika hujan turun di gimnasium, sesuatu yang tiada berlaku setiap hari, anda sekalian akan berbaris di jalanraya di luar berek."

Askar kepada askar yang lain:
"Esok, jika hujan turun, ada tanda-tanda matahari akan menggerhanakan kolonel di gimnasium. Adalah memalukan bahawa ini tiada berlaku setiap hari." 


RUJUKAN

Adler, R.B dan Rodman, G. (1988). Understanding Human Communication. Fort Worth: Holt, Rinehart and Winston.

Jaafar Muhammad (1997). Kelakuan Organisasi. Kuala Lumpur: Leeds Publication.