OBJEKTIF KULIAH
Membincangkan prinsip-prinsip yang menyokong perlaksanaan TQM
PRINSIP 2: PERANCANGAN STRATEGIK KUALITI
Perancangan strategik yang berkesan adalah perlu untuk menghasilkan output yang berkualiti. Proses perancangan strategik melibatkan lima tindakan penting iaitu:
Tujuannya ialah untuk mengenalpasti peluang-peluang yang boleh digunakan untuk meningkatkan kualiti dan mengesan cabaran yang menghalang usaha peningkatan kualiti.. Penganalisisan perlu memberikan perhatian kepada perubahan-perubahan yang menyentuh aspek-aspek berikut:
Bertujuan untuk mengukur keupayaan jabatan untuk memberi tindakbalas kepada persekitaran luaran seperti kehendak pelanggan yang semakin meningkat dan halangan-halangan yang boleh menyekat kelicinan operasi jabatan. Juga bertujuan untuk mengenalpasti kekuatan dan kelemahan yang dimiliki oleh jabatan. Penganalisisan hendaklah dibuat secara menyeluruh dengan menyentuh aspek-aspek organisasi yang utama seperti:
Bertujuan untuk memberi tujuarah dan menjadi fokus rujukan yang dapat dikongsi bersama oleh anggota organisasi. Contoh wawasan yang baik ialah:
"Menjelang tahun 2020, Malaysia boleh menjadi negara bersatu, dengan masyarakat Malaysia yang yakin, mempunyai nilai moral dan etika yang kukuh, hidup dalam masyarakat demokratik, liberal dan bertolak ansur, penyayang, adil dari segi pengagihan ekonomi, progresif dan makmur dan mempunyai penguasaan sepenuhnya dalam ekonomi yang bersaing, dinamik, giat dan kental."
Wawasan yang baik mempunyai ciri-ciri berikut:
Objektif kualiti ialah pernyataan tentang tahap kualiti yang dikehendaki oleh jabatan agar kemampuannya untuk mencapai wawasan dapat dijamin. Ia akan dijadikan sebagai asas untuk mengenalpasti aktiviti-aktiviti bagi peningkatan kualiti. Contoh objektif kualiti yang baik ialah:
"Mengurangkan masa menunggu di kaunter daripada 45 minit kepada 15 minit tanpa sebarang pertambahan kos dalam tempoh enam bulan."
Pernyataan objektif yang baik mempunyai ciri-cirin berikut:
Aktiviti-aktiviti penambahbaikan hendaklah meliputi perkara-perkara berikut:
Untuk mengeluarkan output yang berkualiti, kehendak pelanggan mestilah diketahui terlebih dahulu. Di antara peringkat-peringkat tindakan yang perlu diambil ialah:
Tujuannya ialah untuk mengetahui dengan lebih jelas siapakah pelanggan yang perlu diberikan perhatian. ini akan memudahkan jabatan untuk menumpukan usaha dalam memberikan perkhidmatan kepada pelanggan berkenaan. rakan sekerja adalah dianggap sebagai pelanggan dalaman. Oleh itu setiap kakitangan perlu mengenalpasti dan seterusnya memenuhi kehendak pelanggan tersebut sepanjang masa.
Kenalpasti Kehendak Pelanggan
Kehendak-kehendak pelanggan adalah berbeza mengikut jenis output, masa, tempat dan berbagai faktor lain. Untuk mengenalpasti kehendak pelanggan, di antara kaedah-kaedah yang boleh digunakan ialah soal selidik, sesi dialog, temubual, dan mengkaji cadangan-cadangan dari pelanggan. Sebagai panduan umum, jabatan juga boleh merujuk kepada ciri-ciri universal seperti senarai berikut:
Kehendak-kehendak pelanggan hendaklah diterjemahkan menjadi standard-standard kualiti output. Satandard-standard tersebut mestilah jelas, boleh diukur dan boleh difahami. Contohnya, skiranya kehendak pelanggan ialah perkhidmatan kaunter yang cepat, maka kehendak tersebut boleh diterjemahkan kepada standard tempoh perkhidmatan yang diberi, seperti 10 minit, 20 minit dan sebagainya.
Mewujudkan Proses Penghasilan Output
Proses-proses kerja bagi menghasilkan output hendaklah digubal berpandukan standard-standard kualiti yang telah diberikan sebelumnya.Untuk setiap proses kerja, standard kualiti juga diperlukan. Tujuannya ialah untuk dijadikan rujukan kepada kakitangan yang menjalankan proses kerja berkenaan. Sebarang kesilapan yang berpunca dari kelemahan kakitangan dapat dikawal.
Melaksanakan Proses
Proses-proses kerja yang dihasilkan perlu dilaksanakan untuk menghasilkan output yang dikehendaki. Pemeriksaan kualiti juga perlu diadakan untuk memastikan standard-standard yang ditetapkan benar-benar dipatuhi.
PRINSIP 4: LATIHAN DAN PENGIKTIRAFAN
LATIHAN
Latihan amat diperlukan dalam menjayakan TQM kerana kejayaan TQM bergantung kepada sokongan dan penyertaan kakitangan yang mahir dan berpengalaman. Latihan ini perlu dijalankan secara berterusan kerana jabatan-jabatan beroperasi dalam persekitaran yang sentiasa berubah. dalam latihan ini kakitangan akan dilengkapkan dengan kemahiran dan pengetahuan untuk menghadapi cabaran-cabaran yang akan dibawa oleh perubahan tersebut. Latihan juga perlu dilakukan secara bersistematik sesuai dengan dasar kualiti jabatan. Di antara peringkat-peringkat tindakan yang boleh diikuti ialah:
Objektif latihan perlu menyentuh isu-isu seperti:
Perkara-perkara yang perlu di ambil perhatian ialah:
Perancangan program ini menyentuh 4 aspek penting iaitu:
Objektif sistem pengiktirafan ialah: