Make your own free website on Tripod.com
ZT2313 Asas Pengurusan Kualiti
Prinsip-prinsip TQM 

OBJEKTIF KULIAH

Membincangkan prinsip-prinsip yang menyokong perlaksanaan TQM

PRINSIP 5: SEMANGAT BERPASUKAN

Di antara manfaat yang diperolehi melalui semangat berpasukan ialah:

Prinsip ini jika diamalkan boleh mengukuhkan tiga aspek penting dalam proses peningkatan kualiti: Untuk memperkukuhkan semangat berpasukan, tindakan-tindakan yang boleh diambil ialah: Menjalankan kempen kesedaran

Kempen ini bertujuan untuk menarik minat dan kesedaran kakitangan tentang perlunya semangat berpasukan dalam organisasi. Ianya boleh dilaksanakan melalui sesi ceramah, taklimat, tayangan video dan risalah-risalah. Aspek-aspek yang ditekankan ialah:

Mengadakan latihan

Tujuannya ialah untuk melengkapkan kakitangan dengan pengetahuan dan kemahiran asas bagi menjalankan kerja secara berpasukan. Penekanan hendaklah diberikan kepada aspek-aspek berikut:

Mewujudkan struktur pasukan

Tujuannya ialah supaya kakitangan dapat menyalurkan sumbangan mereka secara sistematik dan berkesan. Ini dapat dilakukan bila struktur-struktur seperti Pasukan Kerja, Kumpulan Meningkatkan Mutu Kerja dan struktur-struktur lain dapat diwujudkan.

Memberikan lebih kuasa bertindak (empowerment) kepada pasukan kerja.

Tujuannya ialah supaya pasukan-pasukan kerja dapat bertindak dengan cepat dan menggunakan daya kreativiti masing-masing alam menyelesaikan masalah-masalah kualiti kerja. Empowerment boleh dilaksanakan dalam bentuk-bentuk berikut:

Memberi pengiktirafan

Tujuannya ialah untuk menghargai sumbangan mereka yang terlibat dalam melakukan tugas secara berpasukan. Pengiktirafan ini akan menjadikan kakitangan lebih komited dan bermotivasi terhadap nilai semangat berpasukan.

PRINSIP 6: PENGUKURAN PRESTASI

Tujuannya ialah untuk membekalkan data dan maklumat yang penting kepada pihak pengurusan tentang prestasi semasa sesuatu proses kerja yang dijalankan. Maklumat ini boleh digunakan untuk tujuan:

Untuk mewujudkan sistem pengukuran yang berkesan, langkah-langkah berikut perlu diambil: Menentukan ciri-ciri kualiti output yang hendak dikawal (control subject).

Ciri-ciri ini perlu dikenalpasti kerana kewujudan ciri-ciri inilah yang akan menjadi kayu pengukur tentang perkara-perkara yang dihargai oleh pelanggan. Contoh ciri-cirin tersebut ialah:

Menentukan matlamat atau standard kualiti yang dikehendaki.

Matlamat dan standard ini mestilah menggambarkan tahap kecemerlangan yang boleh membawa kepada kepuasan hati pelanggan. Contohnya:
 
 
CIRI OUTPUT MATLAMAT/STANDARD KUALITI
Daya ketahanan (peralatan) Peralatan mestilah boleh berfungsi tidak kurang daripada 10 tahun.
Ketepatan masa (perkhidmatan kaunter) Waktu perkhidmatan kaunter mesti bermula tepat jam 8.00 pagi setiap hari.
 

Mewujudkan sistem mekanisme pengumpulan data.

Sistem ini mengandungi dua komponen iaitu:

Unit ukuran yang diwujudkan mestilah sesuai dengan ciri-ciri kualiti output yang hendak diukur. Contohnya:
 
CIRI KUALITI UNIT PENGUKURAN
Daya ketahanan (peralatan) Jumlah tahun peralatan boleh berfungsi dengan baik.
Ketepatan masa (perkhidmatan kaunter) Waktu perkhidmatan kaunter dibuka setiap hari.
Sensor pula ialah peralatan dan kaedah mengumpul data. Di antara bentuk-bentuk sensor ialah: Menyediakan saluran maklumbalas.

Data dan maklumat yang dikumpulkan oleh sensor perlu disalurkan kepada pihak yang membuat keputusan dalam organisasi. Tujuan diwujudkan saluran maklumbalas ini ialah supaya data dan maklumat dapat disampaikan pada masa ianya dikehendaki. maklumat-maklumat ini akn dijadikan asas untuk mengambil tindakan-tindakan yang wajar bagi mempertingkatkan lagi kualiti output.

Saluran maklumbalas juga digunakan untuk mengukur prestasi kualiti kerja di peringkat kakitangan. maklumat ini seterusnya digunakan dalam usaha untuk meningkatkan lagi kualiti secara berterusan. maklumat ini juga boleh digunakan bagi tujuan kawalan dan bagi mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi oleh kakitangan.

Pelaksanaan pengukuran prestasi kakitangan akan melibatkan 4 tindakan:

PRINSIP 7: KEPASTIAN KUALITI

Kepastian kualiti menekankan kepada pencegahan daripada timbulnya masalah-masalah kualiti dalam penghasilan sesuatu output melalui tindakan-tindakan yang dirancang dan sistematik.

Untuk mencapai matlamat kepastian kualiti ini, 3 tindakan boleh diambil:

Melaksanakan pemeriksaan kualiti (Pemeriksaan Q)

Bertujuan untuk mengesan masalah-masalah kualiti atau penyimpangan daripada standard yang ditetapkan dalam penghasilan output. Masalah yang dikenalpasti itu kemudiannya dianalisis untuk mencari sebab-sebab dan kemudiannya menentukan tindakan penembahbaikan.

Pemeriksaan kualiti ini bersifat menyeluruh, meliputi pemeriksaan ke atas

Pemeriksaan ke atas input (incoming inspection) bertujuan untuk memastikan input-input yang digunakan untuk menghasilkan output adalah berkualiti. input yang dimaksudkan meliputi bahan-bahan yang diperolehi dari pembekal atau agensi lain, sistem dan prosedur dan maklumat dan data.

Pemeriksaan ke atas proses bertujuan untuk menentukan supaya berbagai peringkat proses bagi menghasilkan output sentiasa berjalan lancar seperti yang dirancang dan menepati standard-standard kualiti yang ditetapkan.

Pemeriksaan di peringkat output (final inspection) ialah pemeriksaan akhir sebelum output diserahkan kepada pelanggan. Ianya bertujuan untuk memastikan output yang dikeluarkan benar-benar mempunyai ciri yang dikehendaki oleh pelanggan sebelum membuat penyerahan.

Mengamalkan perancangan output.

Ialah cara yang berkesan untuk memastikan wujudnya kualiti di dalam output-output yang dikeluarkan.Perancangan ini bersifat pencegahan di mana sebarang kecacatan dapat dihindar dari berlaku pada peringkat awal lagi.

Perancangan perlu pada dua peringkat kerja yang kritikal iaitu:

Perancangan di peringkat rekabentuk keluaran bertujuan untuk memastikan keluaran yang hendak diusahakan oleh jabatan benar-benar sesuatu yang dikehendaki oleh pelanggan.

Perancangan di peringkat rekabentuk proses pula bertujuan untuk menentukan proses-proses yang akan diwujudkan benar-benar berkemampuan untuk menghasilkan keluaran dengan kualiti yang diinginkan. Di peringkat inilah ditentukan proses-proses yang perlu disempurnakan dan standard-standard kualiti proses yang perlu dipatuhi. Segala peringkat proses, sistem dan prosedur dan standard-standard akan didokumenkan dalam bentuk manual dan prosedur kerja, carta aliran dan sebagainya bagi rujukan kakitangan.

Latihan kakitangan

Tujuannya ialah supaya kakitangan memahami tanggungjawab mereka untuk memastikan ciri-ciri kualiti wujud di dalam output yang mereka hasilkan. mereka perlu melakukan penilaian sendiri ke atas proses-proses kerja yang dikendalikan agar standard-standard kualiti dapat dipatuhi.